Isnin, 24 Disember 2012

Menghitung Hari..

Diam x diam, detik semakin berlalu.. Lagi seminggu meninggalkan tahun 2012 yang penuh dengan pelbagai cerita, suka dan duka,
#Imbasan memori 2012

1st Part (Jan to Mac)

Januari 2012
- khitbah wanita untuk dijadikan teman hidup sepanjang hayat.
- Percutian Family di Feringghi Villa Penang *awesome!! Sgt seronok
- bermula praktikum selama 12minggu
- Sahabat baik @Alias dpt jQAF di Sarawak
- Tunangku turut dapat jQAF, alhamdulillah dpt di Sg Buloh, satu negeri dengan bakal Suaminya :)

Febuary 2012
- pertama kali diobserve by mentor, dpt pujian dan teguran yang membina
- Alias shbt baik bertunang dengan rakan sekolah, diikuti teman segemokku, Kerel,
- 24hb besday yang ke25,
- Bulan Ke2 bergelar tunangan org ;)

March 2012
- Tekanan praktikum memuncak! Ditmbh stress dengan kerja Sekolah y menimbun!!
- Observe minor by 2nd mentor Pn. Zahanin, she is adorable women! Tq madam guide me as a good teacher!
- Himpunan Guru 1Malaysia @Ciast Shah Alam,


------ bersambung 2nd part tuk april till jun 2012----
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 1 Disember 2012

Sabar Redho Ikhlas

Hari pertama di akhir bulan 12/2012, bermakna tidak kurang lebih lagi 3 bulan menuju hari penyatuan jiwa dua insan. di saat masih tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, sumber kewangan yang masih tidak kukuh, aku melihat rakan2 lain seperti mudah untuk mendirikan rumah tangga, tp aku seakan sukar, mehnah apa yang Allah uji untuk diriku. Allah padamu ku berserah dipermudah segala urusan. Ya! acap kali doa ini yang aku ucapkan usai aku solat, supaya Allah bermurah hati mendengar doaku. Aku mengharap pada orang yang ku berharap tp seakan harapan tinggal harapan. Aku x paham kenapa mesti orang y ku harap seakan sombong, bongkak, dan memerlukan aku merayu padanya untuk aku meminta pertolongan? Semakin angkuh! ya Aku katekan beliau angkuh kerana beliau mampu untuk segalanya....   

Betapa aku bersyukur pada Allah kerana mengurniakan aku ibu yang sangat memahami keadaan anaknya. Sentiasa memberi sokongan, dorongan, ya! ibulah tempat aku meluah segala perasaan terhadap ape yang aku rase, aku alami, aku hadapi. Setiap kali ku mohon pada ibu, agar berdoa untukku, semoga Allah permudahkan segala urusan ku dan murahkan rezekiku dan juga keluarga. Dan itulah doa y acap kali ibu tuturkan seusai solatnya. Walaupun ibu tidak lah berpelajaran tinggi, tapi ibu punyai perimanusia, berusaha untukku, berganding bersamaku untuk merealisasikan impian anaknya

Bila fikirkan balik betapa sukar untuk mendirikan baitulmuslim, bila bersendirian.. aku semacam menyesal terkadang kerana gelojoh, mujur rakan menasihati bahawa, betapa syaitan amat menyukai hamba Allah yang berperasaan begitu kerana syaitan tidak menyukai hamba Allah bernikah! bahkan berbangga hamba Allah berterusan melakukan maksiat, bersekedudukan tanpa ikatan yang sah.. Ya! dan aku percaya bahawa niat y baik untuk mendirikan baitul Muslim akan dipermudahkan oleh Allah. Yakinlah Mail bahawa Allah mendengar setiap doa yang kau ucapkan!