Jumaat, 24 Februari 2012

Happy Besday To Me!

Kesekalian kalinya besday ku disambut lg :) Alhamdulillah setiap tahun orang tersayang tidak lupa untuk menyambut kelahiran aku! Ya sangat terharu bila Mak call, and wish Selamat Hari Lahir :) Semoga panjang umur... Allahuakhbar sangat terharu.. dan Aku speechless bila mak kata, mak da tidur.. sruh adik kejutkan mak kalau da kul 12.. nak wish tu aku.. hooo terharu.. Dan seperti biasa bila mak wish mesti mak akan mengalirkan air mata.. mungkin syahdu dengan tumbesaran anaknya baangkali :)

Jam 12 besday disambut di Rumah Along, best sangat.. pasang webcam then mak menghadap webcam tengok aku memotong kek. Tiup Lilin, dan aku melihat wajah syahdu mak. Gembira barangkali.. Dan yang paling terharu pasti diriku ini. Walau tiada hadiah namun aku sangat hargai Kek pemberian kakak ku.. Ya umur sudah menjejak ke usia 25 tahun. dan 25 tahun juga Allah beri aku kehidupan, beri aku kerahmatan dan beri aku segala hajat yang aku perlukan.. SYukran Ya Allah :)

Dan masih terasa hati bila tiada kata-kata selamat dari cik kesayangan, Mungkin tido barangkali..

Rabu, 22 Februari 2012

Again an again...

Masuk minggu ke 4 praktikum, masih berbaki 8 minggu tuk dilalui... Ya Allah permudahkan segala perancanganku dan permudahkan segala urusanku... hari ini berpeluang mengikuti program Rapat 1 Malaysia anjuran JASA dan Inmind, macam biasa kita dengar ianya seperti brainwash para guru.. tapi pada aku ianya sekadar percambahan idea, perkembangan minda yang mane pihak kerajaan hendakkan kakitangannya buka minda dengan jasa yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan.

Ya aku berkata begitu kerana memang dasar kerajaan mahukan kemenangan. Dan terpulang pada kerajaan bagaimana mendapatkan kemenangan. Banyak isu yang dibincangkan, Soal 1 Malaysia, ETP, Subsidi. Sudah menjadi kerja Menteri DIJabatan Perdana Menteri untuk menerangkan kepada kakitangan kerajaan. 

Dan aku paling terkesima, Teruja, dan Kagum melihat 2 orang tokoh akademik, iaitu Profesor Dr.  Teo Kok Seong dan Prof madya Dr. Sivamurugam Pandian tokoh bukan melayu berkata tentang Bahasa kebangsaan.. sangat kagum dengan 2 orang ini!!

Selasa, 14 Februari 2012

Kehiudpan Yang Berserabut...

Di saat ini masih mencari rentak masa untuk menguruskan kehidupan diri yang semakin hari semakin berserabut. Ye semakin berserabut..
Alhamdulillah, selesai mengikat janji bersama dengan Cik Kesayangan :).. Setahun mengikat janji untuk merealisasikan... Mula mengorak langkah untuk ke hadapan...

Dan disaat ini masih menerima kafarraH daripada Allah atas dosa2 silam.. DEMAM! Ya mmg itu yang ku rasa sekarang..... Alhamdulillah Allah masih sayangkan diriku.

Dan disaat ini masih mencari rentak untuk menguruskan masa (ayat ulangan di atas) untuk praktikum! ye utk praktikum dan masih berbaki 9 Minggu untuk menjalanya..

Ya Allah berikan aku masa yang berkualiti... Amin