Sabtu, 25 Jun 2011

Cerita Semalam

Perjalanan hidup MM semalam seperti biasa, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.. Usai solat subuh MM terus melayari FB hehehe dan kemaskini catatan Blog MM untuk hari semalam.. beginilah rutin harian MM di rumah kakak MM di Saujana Puchong. ALhamdulillah kehidupan di sini selesa.


Kerana hari semalam adalah Sayyidul Ayyam, maka masuk kerje MM bermula dari jam 2, makanya MM gerak dari rumah pada jam 12.00 menuju ke Masjid Kg Sementa untuk menunaikan Fardhu Jumaat.. Berkesempatan mendengar khutbah jumaat.. walaupun MM tersangat mengantuk.. terkadang MM tertidur jua.. :) Ampunkan MM ya Allah.

Usai solat Jumaat MM trus thumb print kehadiran di Sekolah. Suasana sekolah hari ini amat baik, MM dapat releif class tuk stgh jam bagi kelas 2U, sebelum tu MM duk sembang bersama2 guru di ICT Lab... Masuk releif class jam 3.50 - 4.20 ptg.. MM x buat apa tuk releif class ni just look n see jer anak2...

sepatutnya MM kne masuk bersama dengan Guru Pembimbing untuk kelas 4R tetapi x masuk kerana sekolah ade latihan larian 1 malaysia. Makanya MM ditugaskan untuk menjaga CP tuk larian 1 Malaysia. Larian tamat jam 6, bgus cepat. hehe jam 6.20 MM trus thumb print to check out..

Malam tiada apa yang MM lakukan selain menghadap TV menonton ML, best gile terbaek! heheh

Tiada ulasan: