Rabu, 22 Februari 2012

Again an again...

Masuk minggu ke 4 praktikum, masih berbaki 8 minggu tuk dilalui... Ya Allah permudahkan segala perancanganku dan permudahkan segala urusanku... hari ini berpeluang mengikuti program Rapat 1 Malaysia anjuran JASA dan Inmind, macam biasa kita dengar ianya seperti brainwash para guru.. tapi pada aku ianya sekadar percambahan idea, perkembangan minda yang mane pihak kerajaan hendakkan kakitangannya buka minda dengan jasa yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan.

Ya aku berkata begitu kerana memang dasar kerajaan mahukan kemenangan. Dan terpulang pada kerajaan bagaimana mendapatkan kemenangan. Banyak isu yang dibincangkan, Soal 1 Malaysia, ETP, Subsidi. Sudah menjadi kerja Menteri DIJabatan Perdana Menteri untuk menerangkan kepada kakitangan kerajaan. 

Dan aku paling terkesima, Teruja, dan Kagum melihat 2 orang tokoh akademik, iaitu Profesor Dr.  Teo Kok Seong dan Prof madya Dr. Sivamurugam Pandian tokoh bukan melayu berkata tentang Bahasa kebangsaan.. sangat kagum dengan 2 orang ini!!

Tiada ulasan: