Selasa, 27 Oktober 2009

Konsep Kerja Dalam Islam

Islam merupakan sebuah agama yang yang syumul yang merangkumi segenap aspek kehidupan. Dalam membincangkan konsep kerja dalam Islam, Pekerjaan bukanlah suatu yang dianggap sebagai kebiasaan atau adat semata-mata. Hal ini kerana terdapat sesuatu konsep yang tertentu dalam melakukan sesuatu pekerjaan tersebut.

Antara konsep kerja dalam Islan ialah setiap pekerjaan dikira sebagai Fardhu Ain. Ini keran terdapat pergantungan yang mana mewajibkan setiap manusia untuk bekerja bagi melangsungkan sebuah kehidupan. Hanya dengan bekerja sahaja, manusia dapat memenuhi keperluan dan kehendak dalam kehidupan, seperti menanggung kehidupan keluarga, membayar hutang. Dengan bekerja, kemiskinan dapat diatasi.

Seterusnya bekerja dapat membuktikan taraf keimanan seseorang individu terhadap Allah S.W.T. Hal ini kerana hidup seseorang Muslim diukur dari amalannya. Antara amalannnya ialah melakukan sesuatu pekerjaan yang berlandaskan syariat Islam.

argggggghhhhhhh aku x dpt nak teruskan esei nie..
semoga bab ni masuk dalam exam yang bakal aku duduki kul 8.30 pagi nnti.
Ya Allah permudahkan untuk aku menjawab soalan peperiksaan pada pagi ini,
Ku mohon kejayaan padamu Ya Allah...
Amenn ya rabbal a'lamin...

Tiada ulasan: